KUALA KANGSAR
-‎ Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, rakyat diberi kebebasan untuk memilih mana-mana calon dalam pilihan raya kerana ia telah termaktub di dalam perlembagaan negara.

Mohd Amar yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata ‎oleh itu, adalah salah sekiranya terdapat mana-mana pihak yang memaksa supaya rakyat mengundi mana-mana calon tanpa kerelaan mereka.

"‎Dalam musim pilihan raya,  kita pengundi ada hak untuk memilih... semua menteri turun, saya pun turun dari Kelantan, musim inilah kalau suruh menteri basuh seluar dalam mereka akan basuh, tidak percaya ? cuba sekali kalau ada menteri turun esok lusa suruh mereka basuh, katakan  nak suruh saya undi BN,YB kena basuh seluar dalam saya, tengok dia buat ke tak?  saya percaya dia basuh.

"Tidak percaya esok mintak kalau dia tanya siapa yang ajar beritahu saya yang ajar, saya yang ajar pasal apa penting undi kita rakyat ini ada kuasa, kita tidak perlu takut kepada sesiapa sebab kuasa dan kebebasan mengundi dijamin oleh Perlembagaan Negara.

"Tidak ada orang boleh paksa, polis pun tidak boleh paksa kita, tentera pun tidak boleh paksa kita sebab ada jaminan dalam undang-undang negara,"katanya ketika berucap dalam ceramah di Dataran Manong, Kualan Kangsar malam tadi.

Sementara itu, ‎Mohd Amar meminta agar pengundi di Parlimen Kuala Kangsar menggunakan kuasa mengundi mereka untuk merubah keadaan kini.

"‎Walaupun PRK ini, tidak ubah kerajaan, tetapi kalau rakyat bagi undi kepada  Pas, ia akan beri isyarat terhadap sikap Umno.‎

"Umno sudah lama jadi kerajaan, dia dah lupa diri dia (Umno) . Dia bila ada PRK baru jumpa rakyat. Puak-puak  ini kalau tiada PRK  dia tidak akan beri.

"‎Jadi kalau nak pastikan ada pembangunan, contohnya nak pastikan jambatan dibina...undilah Pas, kerana kami akan pastikan perkara itu," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/politik/rakyat-bebas-pilih-mana-mana-calon-tanpa-paksaan-1.532434