PORT DICKSON: Pertembungan laungan ‘Allahu akbar’ dengan ‘hidup rakyat’ bergema di luar pekarangan pusat mengundi I Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa.

Penyokong PAS dan Pakatan Harapan (PH) mengibarkan bendera tanda sokongan kepada calon masing-masing.

Laungan ‘Allahu akbar’ dan ‘hidup rakyat’ semakin hangat apabila calon PAS, Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan calon PH, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertembung ketika melawat pusat mengundi, di sini.

Suasana harmoni ditunjukkan kedua-dua belah pihak tanpa sebarang provokasi yang berlaku.

Dalam masa yang sama, calon Bebas, Mohd Saiful Bukhari Azlan turut hadir ke tempat mengundi. – HARAKAHDAILY 13/10/2018

c5

c6

c4