Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
Rayuan Buat Pengundi Parlimen P.067 Kuala Kangsar

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin melahirkan perasaan amat gembira di atas kesempatan dapat bersua dan mengunjungi penduduk di kawasan Pilihan Raya Kecil PARLIMEN KUALA KANGSAR sepanjang tempoh berkempen dari 5 - 17 Jun 2016.

Saya faham bahawa tuan/puan berdepan dengan berbagai kempen sepanjang tempoh PRK ini berjalan. Kadangkala suasana begini boleh menyebabkan kira keliru dan tertekan, apatah lagi dengan media massa dan media baru saban masa mengasak tuan/puan dengan berbagai maklumat. Walau apa pun suasananya, pilihan adalah terletak di tangan tuan/puan para pengundi sekalian bagi mewakili keseluruhan penduduk berbagai usia dan latarbelakang di Kuala Kangsar.

Apa yang pastinya ialah suara rakyat di Kuala Kangsar mestilah didengarkan di Parlimen tanpa ada sekatan dan kebimbangan.

Apa yang boleh saya simpulkan ialah : Tuan/puan pengundi sekalian wajar menggunakan kesempatan ini untuk menjadi hakim yang adil dalam satu proses demokrasi bagi memilih untuk mengundi PAS di Kuala Kangsar pada hari Sabtu 18 Jun 2016 untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan yang lebih baik.

Mengundilah dengan tanpa rasa takut dengan jiwa yang merdeka. Mengundilah dengan penuh keyakinan bahawa pangkahan kecil yang kita lakukan pada hari ini akan mengubah nasib masa depan kita semua.

Kebaikan yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan.

Sekian, Terima kasih.

DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS