Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
BERITA TERKINI : Petugas PAS Dipukul Hingga Cedera


Keterangan: Mangsa membuat  laporan polis


BERITA TERKINI :

KUALA KANGSAR, 17 Jun- Menjelang hari pengundian esok, ada pihak tertentu melakukan tindakan terdesak hari ini dengan membuat kekecohan di hadapan bilik operasi UPU Taman Bunga Raya.

Kekecohan tersebut turut diiringi tindakan ganas dengan memukul dan mencederakan para petugas PAS yang berada di bilik operasi itu.

Seramai lebih kurang 100 orang pemuda yang melakukan jenayah tidak bermoral itu menggambarkan tahap kematangan politik pihak terbabit di tahap terendah.

Akibat kekecohan tersebut, beberapa orang petugas dicederakan hingga berdarah; termasuk ketua operasi UPU di situ.