Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
Petugas PAS Komited Santuni Pengundi

KUALA KANGSAR - Akhlak petugas PAS memberi kelainan kepada pengundi yang datang ke Pusat Pengundian walaupun berbeza bangsa dan agama.

Suasana pilihanraya Kuala Kangsar sangat lain bahkan pengundi warga emas disantuni dengan baik, demikian menurut Makcik Swee Kim 67 di Sekolah Rendah Cina, Jerlun.

Jelasnya, beliau terharu dengan sikap penyokong dan petugas PAS yang sentiasa mesra biarpun berbeza bangsa.

"Saya ucapkan terima kasih kepada PAS kerana hormati warga emas seperti saya", ujar beliau tersenyum.