Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
Tarbiyyah Ramadhan Pengorbanan Demi Kemenangan

 

KUALA KANGSAR - Terik kepanasan mentari yang membakar tubuh petugas tidak pernah melemahkan pendokong PAS untuk berkhidmat dalam Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar, demikian menurut Mohd Ameerul Haq Ahmad 30, di Sekolah Perempaun Raja Kelsom di sini.

Beliau berkata, pengorbanan untuk melihat kemenangan diterjemahkan dalam bulan Ramadhan sepertimana yang pernah dilalui Rasulullah SAW bersama para sahabat.

Jelas Ameer, dalam keadaan berpuasa pendokong PAS tidak mengalah memegang poster dan mengibar bendera PAS untuk meraih undi kepada para pengundi.

"Saya terpanggil untuk balik ke kampung kerana merasakan tanggungjawab memberikan satu undi begitu berharga walaupun undi saya rahsia.

"Pilihanraya kali ini sedikit berbeza dari sudut suasana namun saya melihat keharmonian yang ditunjukkan oleh semua pihak begitu baik.

"Saya harapkan natijah yang baik mampu memberikan kebaikan kepada masyarakat khususnya buat orang Kuala Kangsar," ujar beliau.