Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
Petugas Muslimat PAS Bantu Pengundi Warga Emas

KUALA KANGSAR - Selain meraih undi buat kali terakhir di hari pembuangan undi PRK P067 Kuala Kangsar, para petugas PAS juga dilihat membantu para pemilih menunaikan tanggungjawab hari ini.

Briged Muslimat PAS dilihat sama-sama membantu pemilih warga emas yang berkerusi roda menuju ke pusat pengundian.

Selain mengawal keselamatan calon dan pimpinan muslimat PAS, Briged Muslimat turut membantu menyelia dan mengawal para petugas muslimat yang meraih undi hari ini.

Setakat jam 2 petang , sebanyak 59 peratus keluar mengundi berjaya dicatatkan.