Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
Semoga Berjaya Doktor!

KUALA KANGSAR : Calon PAS P067 Dr Najihatussalehah terus bersemangat Pusat Pengundian di saat-saat akhir sebelum menjelang tempoh tamat pengundian pada jam 5 petang.

Beberapa Pusat Pengundian masih menanti para pengundi untuk melaksanakan amanah demi masa depan rakyat tempatan.

Seorang petugas muslimat dari Terengganu memeluk Dr Najiha ketika beliau tiba di Pusat Pengundian Menora sambil memberikan kata-kata semangat.

Beliau berkata, kejayaan PAS adalah harapan bersama untuk menjulang Islam.

"Semoga berjaya doktor," ungkapan beliau kepada Dr Najiha.

Walaupun ucapan tersebut ringkas namun ianya memberikan satu suntikkan semangat kepada Dr Najiha.

Dr Najiha tidak lekang mengukir senyuman dan menyapa petugas-petugas yang bertungkus lumus berusaha untuk melihatkan kejayaan PAS dalam PRK Kuala Kangsar.