Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
Kesedaran Orang Kuala Kangsar Wajar Dipuji

KUALA KANGSAR - Suasana pengundian hari ini sungguh ceria dengan kehadiran para pengundi di sekitar tempat pengundian DUN kuala Kangsar.

Pelbagai lapisan masyarakat dilihat bersemangat seawal pagi untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing memilih wakil rakyat mereka.

Para pengundi muda terutamanya yang baru pertama kali mengundi begitu teruja beratur dan melangkah ke tempat pengundian.

Walaupun datang dengan bertongkat dan berkerusi roda, golongan warga emas turut serta menunaikan hak mereka sambil memberikan ucapan selamat mengundi antara satu sama lain.

Calon PAS Kuala Kangsar , Dr Najiha diiringi Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menziarahi beberapa tempat pengundian bagi melihat perjalanan proses mengundi di sana.