Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
PAS Akan Terus Bawa Agama - Ust Khalil

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengingatkan setiap umat Islam di Malaysia terutama penduduk Sungai Besar bahawa tanggungjawab bersiasah adalah salah satu tanggungjawab amal soleh sebagai seorang muslim.

Menurut Ustaz Muhammad Khalil, perkara seperti membuang duri di atas jalan juga dikira sebagai satu ibadah yang mendapat ganjaran pahala, lebih-lebih lagi dalam urusan memilih pemimpin negara.

"Tanggungjawab sebagai orang Islam bukan sekadar beribadah tetapi juga bersiaash. Apabila kita beri undi kita kepada calon yang nak Islam, itu bermakna kita melaksanakan tanggungjawab kita bersiasah mengikut Islam.

 

"Allah sebut dalam surah Al-Hajj, surah berkait dengan ibadah haji disebut tentang politik. Menunjukkan politik ini penting. Calon mana yang kita pilih nak bawa suara kita dalam parlimen yang merupakan institusi yang paling tinggi yang akan menggubal polisi dan dasar negara kita. Nak bawa ke arah Islam atau ke arah kebinasaan.

"Kalau kita buang duri atau paku di atas jalan, Islam cakap orang ini dapat pahala. Apatah lagi kalau pada 18 Jun ini kita turun beri undi kepada calon parti yang mahukan Islam, takkanlah kita tak dapat pahala," kata pada Majlis Berbuka Puasa Anak Jati Sungai Besar.

Tambah Ustaz Muhammad Khalil orang ramai kini keliru kerana banyak pihak yang mendakwa membawa Islam.

"Umno pun kata nak Islam. Parti baru daripada serpihan PAS juga nak Islam.

"Sudah tentu PAS paling dekat. Kita percaya orang Umno juga mahu Islam, sahabat-sahabat kita, saudara mara kita. Tapi Umno tidak bawa perjuangan Islam yabg menyeluruh. Kalau tidak, sudah lama Umno tinggikan syiar Islam, undang-undang Islam dalam negara kita," tambah Ustaz Muhammad Khalil.

Untuk menyelesaikan kekeliruan itu rakyat oerlu meletakkan Islam di hadapan dan melihat kepada perjuangan PAS yang konsisten sejak awal penubuhannya. Kejayaan PAS membentangkan rang undang-undang 355 Mahkamah Syariah juga menjadi bukti bahawa PAS konsisten dalam memperjuangkan Islam.

Ustaz Muhammad Khalil turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang berkempen memburuk-burukkan PAS dengan menyifatkan PAS umpama sebuah agama dan mendakwa keluar PAS seolah-olah murtad.

Ini satu tohmahan yang tidak betul. PAS satu parti yang bawa agama. Umpama masjid, masjid bukan agama. Ia dibina untuk didirikan syiar agama di dalamnya. Boleh baca al-Quran, boleh berzikir. Kelas Fardu Ain bukan agama. Ia dibina untuk mengajar anak-anak orang Islam kenal agama.

"PAS akan terus bawa agama, dokong agama tak kira siapa yang menentangnya," tambah Ustaz Muhammad Khalil.