Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
Masyarakat Cina Mahu Dr. Rani Menang


SUNGAI BESAR
, 17 Jun: Masyarakat Cina beri jaminan untuk memberi undi kepada PAS dalam PRK P.093 Sungai Besar, jelas YB Dr. Rani Osman calon PAS bagi Pilihanraya Kecil (PRK) P.93 Sungai Besar ketika majlis ramah mesra dengan media di Hotel Kompit petang tadi.

"Bila berjumpa dengan masyarakat Cina saya minta mereka undi PAS, mereka tak cakap 'boleh' tapi mereka sebut 'inshaAllah'," ujar beliau sambil berseloroh.

Beliau juga bersyukur setelah usaha menterjemah risalah ke dalam bahasa Cina terutama berkenaan pindaan RUU 355 maka ramai masyarakat Cina terutama yang tidak mahir dalam bahasa melayu memahami isu tersebut.

 

"Alhamdulillah sehingga tadi kami masih jalankan aktiviti ziarah rumah ke rumah" ujar beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

Sambutan yang sangat menggalakkan juga terutama daripada masyarakat Cina juga memberi lebih keyakinan untuk PAS memenangi PRK kali ini.

"Bila saya yang kadang-kadang berjalan dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, Tan Sri Abd Kadir Syed Fadhil atau Dato' Mustapha Ali berjalan dari rumah ke rumah, ada dikalangan masyarakat Cina yang dari jauh memanggilnya jemput ke rumah mereka."

Majlis ramah mesra yang diadakan serba ringkas itu telah melibatkan beberapa agensi berita dan media diadakan dengan penuh harmoni dan ceria.