Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
Saya Doakan PAS Menang - Tan Sri Abd Kadir


SUNGAI BESAR
- "Saya yakin dan mendoakan semoga YB Dr. Rani menang dalam PRK Kali ini, saya penuh yakin yang beliau akan menjadi wakil rakyat untuk semua," tegas Presiden Parti Ikatan Tan Sri Abd Kadir Syed Fadhil ketika majlis ramah mesra media di Hotel Kompit petang tadi.

"Dia ni (Dr Rani) duduk dalam parti mana pun boleh buat kerja," komen beliau lagi. Di samping itu beliau yang mewakili Parti IKATAN sangat komited mengikut calon PAS di kedua-dua PRK. Selaian itu beliau juga memuji pendekatan PAS dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang bergerak untuk menyelsaikan isu rakyat berbanding terlalu banyak 'politiking'.

 

Inilah yang diamalkan oleh PAS dalam BPMS iaitu antaranya budaya menerang berbanding menyerang. Menyedihkan PRK P.093 Sungai Besar kali ini dicemari dengan insiden sabotaj poster, bunting dan billboard calon PAS terutamanya.

"Kerajaan (pusat) terlalu fokus akan masalah dalaman sehingga lupa akan masalah rakyat yang besar, kalau pilih BN maka tiada apa penambahbaikan pun, sudah tidak dibudayakan dalam UMNO budaya bersuara," tegas beliau lagi.

Oleh itu beliau mengharapkan agar rakyat Sungai Besar untuk mengundi calon PAS YB Dr. Rani Osman supaya suara PAS dapat ditambah di Parlimen demi membawa isu rakyat dan penyelesaiannya.