Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
Berilah Apa Sahaja Tugasan, Mereka Sanggup Lakukan

SUNGAI BESAR – Hari pengundian di Sungai Besar meriah dengan kehadiran para pengundi dan juga para perayu undi dari semua parti bertanding.

Petugas PAS, bukan sahaja pada hari ini turun merayu undi malah sudah beminggu-minggu mereka bertugas di Sungai Besar.

Menurut seorang petugas yang hanya mahu dikenali sebagai Anis, kesemua pusat mengundi meriah dengan kehadiran petugas PAS yang ramai. Mereka ini lah yang sanggup berpanas menggantung poster sehingga hari ini sanggup berpanas pula di pusat mengundi.

“Berilah apa sahaja tugasan, amilin PAS sedia melaksanakannya demi melihat kemenangan Islam,” ujarnya lagi