Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
PRK Peluang Anak Muda Menentukan Masa Depan

SUNGAI BESAR - Calon PAS Dr. Abdul Rani Osman menyeru pengundi muda agar tidak melepaskan peluang pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar untuk melakukan perubahan di parlimen itu.

"Anak muda perlu menggunakan peluang ini kerana pilihan raya hanya berlangsung sekali dalam lima tahun. Peluang ini perlu digunakan untuk menentukan masa depan anak cucu kita," beliau berkata demikian mengulas peratus keluar mengundi golongan muda yang masih lemah.

"Mungkin semalam mereka tidur lambat, biasalah orang muda keluar malam. Mungkin lepas subuh mereka tidur," tambah Dr. Rani lagi.