Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
Presiden PAS Seru Jentera Untuk Terus Bekerja


“Hanya mereka yang Tuhan pilih sahaja boleh berada dalam jemaah ini, yang Tuhan tak pilih, lari, yang Tuhan tak pilih, tak bersedia dan tak nampak habuan, tak nampak janji-janji Allah swt,” ujar Tuan Guru di Markaz Simpang Lima, Sungai Besar.

"Kerja perjuangan Islam ini mempunyai fadilat yang amat besar, maka sahabat-sahabat nabi berlumba untuk menjalankan kewajipan ini. Kewajipan ini bukan sahaja menyelamatkan manusia termasuk menyelamatkan Negara dan ummat.

“Ukurannya bukan menang pilihanraya ,ukurannya adalah sejauh mana kita dapat mempertahankan diri kita dengan Islam. Kedua, kita berjaya menarik walaupun seorang. Nabi kata kejayaanmu menarik seorang dengan hidayah Allah Taala lebih baik daripada kenderaan yang paling mahal harganya, apatah lagi kita mencapai kejayaan sehingga menang pilihanraya,” 


Ketika ditanya kepada TGHH, mengapa masih tenang walaupun diluar sana ramai yang berkata buruk tentangnya?

Dengan tenang TGHH menjawab "Sesungguhnya kita akan mati,mereka juga akan mati, amalan kita adalah milik kita dan amalan mereka milik mereka, kita akan dihisab satu hari nanti dan mereka juga akan dihisab satu hari nanti, jadi apa 'mengenanya' untuk kita bimbang dengan apa yang mereka katakan"?