Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
Profil Calon

Dr Najihatussalehah Ahmad
Umur: 50 Tahun
Asal:  Dilahirkan di Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Perak. Ketika zaman kanak-kanak,  menetap di Parit dan Batu Gajah. Pada tahun 1976 berpindah ke Gunung Semanggol.     
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dikurniakan 9 orang cahaya mata, lima orang lelaki dan empat perempuan

Pendidikan

1) Merupakan  lepasan Sarjana Muda Perubatan, Universiti Malaya tahun 1992.
2) Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (kini SMA Labu) (1982-1983)
3) Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh (1979-1981)
4) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Gunung Semanggol, Taiping   

Penglibatan dalam politik dan NGO

1) Bergiat dalam persatuan mahasiswa semenjak 1986 di Universiti Malaya
2) Naib Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Parit 1997/2001
3) Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Parit 2003 hingga kini.
4) Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak 2011 hingga kini
5) Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat 2007 hingga kini
6) Pengerusi Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia ( PERAMAH) 2009 hingga kini
7) Penasihat Pertubuhan Kebajikan Wanita Daerah Perak Tengah (PEKANITA) 2008 hingga kini
8) Ahli seumur hidup Persatuan Bekas Pelajar Izuddin Taayah (PBPSISTA)
9) Alumni IKMAL