Bantu Menangkan PAS Demi Faedah Bersama

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu menyampaikan mesej kepada rakyat seluruh negara terutamanya kepada orang Islam yg lebih 63%.

Bahawa di PRU14 nanti, tak perlulah risau bahawa jika UMNO kalah, orang Islam dan melayu akan tiada siapa yang boleh diharap untuk berani bertegas dengan prinsip bila berkait soal agama Islam dan kepentingan orang Melayu. Sekarang kita sudah ada PAS.

Yang setara dengan UMNO dari segi bilangan ahli berakar umbi yg ramai, cawangan aktif lebih 8000 seluruh negara di 194 kawasan parlimen. Usia PAS lebih 60 tahun. 1955 belum merdeka dah lawan UMNO dalam pilihanraya.

Parti yang sudah capai kematangan berpolitik, tidak gopoh dan sudah faham pergolakan seluruh dunia setakat ini tiada yg dapat capai matlamat yg sejahtera untuk rakyat dengan jalan hasutan, huru hara, kebencian.

PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, jika PAS menang, trend menggantikan UMNO dengan PAS diseluruh negara akan bergelombang kerana orang melayu perlukan suntikan keyakinan untuk berbuat demikian walaupun sebenarnya telah hilang kepercayaan kepada UMNO.

Pengundi bukan Islam / Melayu akan mendapati undi mereka sangat membantu perubahan dikalangan pengundi melayu dengan turut beri sokongan kepada PAS.

PAN bukanlah lawan sebenar kepada UMNO. Rata rata rakyat menganggap kekuatan PAN kerana adanya DAP yang membantu PAN dalam segala segi termasuk pemasangan bahan kempen.

Tiada orang Islam, Melayu yg berfikiran saksama menerima PAN sebagai ganti kepada UMNO. PAN dianggap tidak bersuara bagi pihak melayu , Islam.

PAN dilihat satu lagi parti pelbagai kaum yang menjenamakan partinya dengan imej nasional pelbagai kaum yang bawa tema universal.

Kadang kadang ia kelihatan seperti PKR. Walaupun lebih mirip kepada DAP tetapi dalam versi melayu.

Kemenangan PAN akan memberi mesej ancaman kepada penguasaan politik orang Islam Melayu di masa akan datang dengan DAP dilihat menjadi penerima faedah sebenar malah secara ghaib mengawal hala tuju PAN.

Keadaan ini adalah counter productive, menimbulkan rasa terancam dikalangan orang melayu hingga mudah terpengaruh dengan pujukan " jahat jahat UMNO pun, masih orang kita".

Ruang di dua PRK ini perlu bantuan semua agar UMNO ditewaskan dan PAS dilihat punya potensi membuat catatan yg lebih baik di PRU14 seluruh negara.
Barulah boleh kalau nak berangankan Putrajaya pun.

Jika berterusan tawarkan kepada orang melayu pakatan parti politik yg jelas berkiblatkan DAP.

Manakala DAP pula semakin tidak dapat kawal sikap yg suka memprovokasi dan chauvinist serta rasis. Maka susahlah untuk melihat perubahan yg besar seluruh negara.

Janganlah dilupa, teras politik negara tak boleh dipisah dari struktur berbilang kaum negara dengan 63% orang Islam yg bilangan terbesarnya melayu.
Kerana itu bilangan kerusi parlimen yg bermajoriti melayu adalah besar bilangannya.

Orang bukan Islam tak perlu takut kepada PAS. Dalam sejarah, orang bukan Islam paling selamat dan selesa berada dikalangan orang PAS.

Bantu PAS untuk faedah kita bersama. Kerana perubahan hanya dengan kita bersama saling memahami.