Setahun yang lalu ditakdirkan saya bertemu dengan Dr. Najihah di satu majlis di Selangor.

Sebagai individu biasa, dari jauh saya sekadar melemparkan senyuman dan mengangkat tangan kepada beliau yang dikenali sebagai AJK PAS Pusat dan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak.

Namun, Dr. Najihah bukanlah insan sembarangan. Beliau sendiri yang menghampiri saya sambil bersalaman dan bertanyakan khabar kerana sudah lama tidak berjumpa.

Dalam pertemuan itu, saya memberitahu beliau yang saya telah lapan tahun berpindah ke Kuala Kangsar.

Memang di luar jangkaan saya, Dr. Najihah yang saya kenali semasa mendapat rawatan di klinik beliau dahulu, masih mengingati saya di celah-celah kesibukan tugasan harian beliau yang bertemu dengan terlalu ramai insan lain.

Dr. Najihah dengan senyum manisnya, adalah seorang yang merendah diri, prihatin, peramah, mengambil berat dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya tanpa mengira pangkat dan jawatan.

Bagi saya tidak ramai ahli politik yang ikhlas dan merendah diri, sanggup turun untuk menjalin silaturrahim dan menyumbang kerja-kerja kebajikan bersama dengan rakyat marhain di lapangan.

Oleh itu, tokoh anak jati Perak yang dekat di hati rakyat ini perlu diberikan mandat melalui PRK 067 untuk membawa suara Kuala Kangsar dan memperjuangkan kebajikan rakyat di parlimen.

Calon Phd Zuraina
Kuala Kangsar