Warning: file_put_contents(/home/pilihanraya/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/pilihanraya/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
Surat Terbuka Kepada Para Pengundi Sg.Besar Dan K.Kangsar

Allah swt telah berfirman:

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur-an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil)…” [al-Baqarah/2: 185]

Allah swt mentakdirkan berlaku kedua-dua pilihanraya kecil ini pada bulan Ramadhan. Bulan yang besar yang penuh barakah dan kemuliaan.

Bulan ini adalah satu kem latihan dimana umat Islam berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadah untuk mendekatkan diri pada Allah swt.

Selain berlapar dan berdahaga disiang hari dan mempertingkatkan amal ibadah di malam hari umat Islam di Sg Besar dan K.Kangsar turut diberikan tugas memilih pemimpin di bulan Ramadhan ini.

Janganlah dipersia-siakan tanggungjawab itu.

Sewajarnyalah sempena bulan mulia yang Allah perturunkan al Quran ini maka al Quran itu jugalah sewajibnya menjadi panduan kita dalam membuat pilihan.

Al Quran itu kata Allah adalah petunjuk dan ia lah yang membezakan buat kita antara yang hak dan batil.

Jika semasa solat berjemaah pun kita mahukan biar imamnya jauh lebih baik dari kita dari segi aklak, ilmu dan bacaannya inikan pula dalam memilih pemimpin.

Pilihlah yang mulia akhlaknya dan duduk bersama orang yang baik-baik, yang tinggi ilmunya serta duduk bersama-sama mereka yang berilmu, ringkasnya pilihlah yang mampu membela dan memperjuangkan agama kerana hanya yang demikian sahaja yang cinta dan tunduk pada al Quran yang diturunkan Allah swt.

Sebagaimana kita memelihara makan minum kita disiang bulan Ramadhan maka 18hb nanti peliharalah juga tangan kita jangan sampai memangkah mereka yang mungkar, yang pincang dan menyusahkan rakyat. Mereka yang telah memungkiri amanah yang diberikan rakyat selama ini. Mereka yang mengakibatkan rakyat terhimpit angkara pengurusan negara yang bercelaru.

Jangan juga terdorong mengundi mereka yang bersekongkol dengan golongan yang anti Islam. Golongan yang telah mengkhianati perjuangan Islam dan menghina serta memperlekehkan para ulamak.

Biarlah Ramadhan yang di dalamya diturunkan Al Quran menjadi obor menyinari hati kita 18hb nanti.

Pilihlah dengan yakin, tenang dan rela hati parti yang memperjuangkan Islam. Parti yang ahli-ahli dan pimpinannya istiqamah lebih 60 tahun berjuang penuh ikhlas mendaulatkan agama Allah swt.

Mereka tidak pernah mengalah tidak pernah menggadaikan prinsip dan dasar perjuangan untuk habuan dan kedudukan.

PAS lah pilihan terbaik di Sg Besar mahupun K.Kangsar.

Ayuh di bulan umat Islam meraikan kemenangan Badar ini, golongan kecil mengalahkan yang gergasi, kita tunjukkan pada semua bahawa agama kita mulia dan tinggi dan kita semua penganutnya bermaruah dan punya harga diri.

Biar kita nanti bangga memberitahu anak cucu kita apabila ada panggilan jihad untuk memenangkan Islam di bulan Ramadhan tahun 2016, abah dan emak, datuk dan nenek telah bangkit memberi undi pada parti yang memperjuangkan Islam tanpa ragu-ragu.

Selamat mengundi .......Allahu Akbar!

ROSLAN SMS
17 Jun 2016